Portal Rasmi MBJ PETRA

Suara Anda, Penambahbaikan Bersama.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah medium dua hala antara pihak pekerja dan pihak pengurusan untuk menyuarakan pendapat, pandangan, dan cadangan demi kepentingan organisasi.

Tujuan

Untuk memperoleh kerjasama yang menyeluruh dalam kalangan warga PETRA bagi kelancaran berkerja dan kebajikan pekerja

Sebagai medium untuk mendapatkan isu / usul / cadangan daripada warga / kakitangan PETRA

Fungsi

Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan

Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan

Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai Jabatan

Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Perbendaharaan serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini